Seorang juruterbang pelatih melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, Melaka, hari ini selepas pesawat ringannya hilang kawalan.
Wanita berusia 23 tahun itu, yang berlatih dengan International Aero Training Academy Sdn Bhd (IATAC), adalah satu-satunya orang di dalam pesawat itu. Dia mengalami sakit dada akibat hentakan dari kesan pendaratan, tetapi tidak cedera parah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian membabitkan pesawat International Aero Training Academy Sdn Bhd (IATAC) berlaku pada pukul 12.16 tengah hari Jumaat.
“Pada jam lebih kurang 12.42 tengah hari, pihak polis terima maklumat berkaitan sebuah pesawat milik IATAC telah hilang kawalan di landasan RWY 21.
“Pesawat itu kemudian telah berjaya dikeluarkan sepenuhnya dari lokasi kejadian pada jam 12.50 tengah hari dan juruterbang yang terlibat telaporkan telah dibawa menaiki ambulans ke Hospital Melaka,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mengulas lanjut beliau memaklumkan, setakat ini belum ada sebarang laporan polis dibuat secara rasmi.
Sumber: FMT