ImageForNews 749471 16854181808683364
in

1 daripada 2 rakyat Malaysia menghadapi masalah berat badan berlebihan atau obesiti

Presiden Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Dr Nurain Mohd Noor, mendedahkan bahawa hampir separuh daripada rakyat Malaysia menghadapi masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

“Lebih membimbangkan, trend yang sama dapat dilihat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Pada tahun 2011, kadar obesiti dalam golongan yang berumur 5 hingga 17 tahun ialah 6.1 peratus, namun, meningkat dua kali ganda dan mencapai 14.8 peratus menjelang 2019.

“Masalah berat badan berlebihan juga boleh meningkatkan risiko penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes jenis 2, penyakit arteri koronari dan juga kanser tertentu,” katanya.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) melaporkan bahawa kadar obesiti dan berat badan berlebihan ialah 44.5 peratus pada 2011, yang meningkat kepada 50.1 peratus pada 2019.

Bagi menangani isu ini, Norlaila, pakar dalam bidang itu, menekankan keperluan pendekatan baharu dan komprehensif untuk memerangi berat badan berlebihan dan obesiti.

“Untuk mengatasi masalah ini, kami menggabungkan kepakaran daripada pelbagai bidang. Ini termasuklah intervensi dari segi psikologi, pemakanan, senaman, farmakoterapi dan pembedahan bariatrik,” katanya.

“Amalkan gaya hidup sihat, kerap lakukan senaman dan ambil makanan yang berkhasiat. Jika ia dijadikan rutin, kita dapat cegah obesiti dan tingkatkan kesihatan diri secara keseluruhan”

Beliau menekankan langkah pencegahan sangat penting dalam menangani masalah kesihatan ini.

Sumber: Kosmo Digital

tunjal wanita

Lelaki ugut dan tunjal kepala wanita di jalan Cameron Highlands dihukum penjara 7 hari

ekin punya 174

Eizlan Yusof tak mahu jawab dakwaan menyertai parti PAS