tesla malaysia is hiring walk in recruitment day a tesla malaysia is hiring walk in recruitment day a 1667768118821916672
in

Tesla Malaysia akan membuat hari temuduga walk-in pada 17 Jun 2023 ini

Semakin kita hampir dengan pembukaannya di Malaysia, Tesla Malaysia sedang giat membuat persiapan dengan mengumumkan hari temuduga secara walk-in. Dijadualkan pada 17 Jun 2023, dari 12 tengah hari hingga 4 petang, acara itu akan berlangsung di pejabat Cyberview Sdn Bhd, tingkat 4, Blok 3750, Cyber 8, Persiaran Apec di Cyberjaya.

Individu yang berminat dijemput untuk membawa resume mereka dan hadir pada hari pengambilan, di mana sesi temu duga akan dijalankan untuk sembilan kategori jawatan yang tersedia.

  • Operations & Business Support
  • Sales & Customer Support
  • People
  • Vehicle Service
  • Sales & Customer Support
  • Finance
  • Engineering & Information Technology
  • Operations & Business Support
  • Sales & Customer Support

Tiada prapendaftaran diperlukan untuk acara tersebut.

tesla recruitment day malaysia 2023 1

Sebagai tambahan kepada hari temuduga mereka, Tesla Malaysia juga telah mengemas-kini senarai pekerjaan di halaman Kerjaya Tesla bagi Kuala Lumpur. Calon yang berminat boleh meneroka dan memohon jawatan yang diminati, dengan menghantar resume mereka secara dalam talian.

Berikut adalah senarai penuh jawatan yang dibuka pada hari temuduga (mengikut tarikh artikel ini ditulis):

Screenshot 628

1660728

Stadium Shah Alam akan mula dirobohkan pada September atau Oktober 2023

syamsul lambo berasap

Lamborghini Syamsul Yusof kelihatan berasap, namun Syamsul kelihatan tenang sahaja