Polis sedang mempertimbangkan untuk mencadangkan penggunaan dashcam pada semua kenderaan persendirian kepada Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, menekankan manfaat kamera dashcam boleh membantu boleh membantu dalam siasatan berkaitan kemalangan jalan raya, serta aduan orang ramai tentang keselamatan lalu lintas dan pelanggaran. Beliau turut menambah bahawa rakaman video daripada kamera dashcam juga boleh membantu polis meneliti kejadian yang tidak diingini di jalan raya dan kawasan awam.

Terdapat sesetengah pembuat kereta yang sudah mula menawarkan kamera dashcam sebagai peralatan seragam pada kenderaan mereka, tetapi mewajibkannya pada semua kereta boleh menjadi satu cabaran besar, terutamanya bagi mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah. Namun jika cadangan ini tidak dapat diwajibkan, insentif kewangan boleh diberikan kepada pemilik kenderaan untuk menggalak mereka membeli kamera dashcam, seperti yang telah dilakukan di negara Thailand, di mana syarikat insurans menawarkan diskaun pada kenderaan yang sudah dilengkapi dengan jenis kamera tersebut.
Sumber: The Vibes