sultan johor ff1
in ,

Nombor plat FF1 sah milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Nombor plat kenderaan FF 1, yang merupakan sebahagian daripada turutan nombor baharu untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya, adalah milik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Johor, seperti yang diumumkan dalam kenyataan Facebook rasminya.

Sultan meletakkan bidaan tertinggi untuk nombor plat berkenaan dan disampaikan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, semasa menghadap baginda hari ini.

Pada 2016 yang lepas, Sultan Ibrahim memenangi bidaan nombor plat kenderaan F1 dalam turutan nombor plat Putrajaya dengan nilai RM836,660. Kemudian pada 2017, beliau menjadi pemilik sah nombor pendaftaran VR46, dengan nilai bidaan RM55,002.20.

Pada 2012 pula, Sultan Johor berjaya memperoleh nombor pendaftaran kenderaan paling mahal dalam sejarah Malaysia, ‘WWW1’, dengan harga RM520,000, menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sumber: Facebook

351134958 995395538305785 1605312950104981344 n 1

Keluarga dimaklumkan Almarhum Nik Aziz akan terima gelaran Tun, terkejut dapat pangkat lain

budak 11 tahun pandu kereta

Kanak-kanak 11 tahun tular pandu kereta bapa ditahan polis