ora good cat melaka01
in ,

Melaka menubuhkan kilang pembuatan kenderaan EEV dan EV pertama di Malaysia

Melaka telah mula meneroka industri automotif baharu dengan pembukaan kilang pembuatan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan kenderaan elektrik (EV) pertama negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kilang yang dibangunkan oleh EP Manufacturing Bhd (EPMB) di Taman Perindustrian HICOM, Pegoh itu membabitkan nilai pelaburan RM100 juta.

EPMB 2

“Ia merupakan perintis dalam pembangunan kenderaan elektrik nasional dan akan merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara rendah karbon menjelang 2025,” katanya.

Ketua Menteri melahirkan rasa bangga dengan syarikat pengeluar kenderaan itu yang bukan sahaja berjaya mendapat kelulusan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), malah memilih Melaka untuk membangunkan kemudahan pertama di negara ini.

Beliau berkata, kejayaan itu secara tidak langsung menjadi petunjuk penting kerajaan negeri yang sangat komited membangunkan projek pelaburan berimpak dan berteknologi tinggi seperti projek automotif baharu.

EPMB 1online

“Ini selaras dengan hala tuju kerajaan negeri di bawah pentadbiran saya yang sentiasa terbuka dalam menarik lebih banyak pelaburan baharu ke negeri ini melalui dasar mesra pelabur dan mesra perniagaan.

“Menerusi kesanggupan dan komitmen syarikat EPMB melaksanakan pembangunan kemudahan automotif baharu ini khususnya untuk EEV, EV dan kenderaan komersial elektrik sudah pasti membuka lembaran baharu, seterusnya membantu memacu pertumbuhan ekonomi negeri pada masa hadapan,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, kilang itu yang terletak di kawasan seluas 17 hektar dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun depan itu akan menjadi pusat pembuatan dan pemasangan EEV, EV dan kenderaan komersial elektrik beroda empat.

Katanya, apabila siap nanti, ia akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 30,000 unit kenderaan elektrik setahun selain menawarkan 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Sumber: Harian Metro

maxresdefault 10 1

Sistem tol MLFF tidak mendapat sambutan daripada syarikat konsesi lebuh raya, bimbang terhadap kebocoran tol

maxresdefault 33

Netflix keluarkan treler penuh untuk siri realiti Squid Game: The Challenge