kereta rosak calar retro havoc 2023
in

Lihat bagaimana kereta dikeroyok dalam acara Retro Havoc lepas

Dalam acara Retro Havoc pada hari Sabtu yang lepas, sebanyak 1,000 buah kenderaan, 50 buah motor dari tempatan, Singapura, Indonesia dan Thailand, telah mengambil bahagian dalam bahagian pameran, yang berlangsung di ruang parkir pusat membeli-belah The Curve, Mutiara Damansara.

Tidak dinafikan acara itu berlangsung dengan jayanya, tahniah juga kepada para penganjur acara tersebut, namun terdapat beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku di hari pameran tersebut, yang menyebabkan bahagian kereta rosak atau patah, malah tercalar atau kotor disebabkan pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

Dalam sebuah hantaran oleh pengguna Facebook, Yazid Ajied, berkongsikan beberapa video keriuhan acara itu, dan sikap sesetengah hadirin yang melanggar peraturan.

Ada sesetengah yang selamba bersandar untuk bergambar, malah ada laporan yang kata bumper kereta terjatuh, dan sampaikan spoiler pun turut patah. Kejadian itu benar-benar memalukan perangai sesetengah anak muda di Malaysia, dan diharapkan pihak pengajur akan lebih tegas menjaga kereta pameran, dan perkara begini tidak lagi berlaku.

Sumber: Facebook

tiktok alam flora

Gelagat abang Alam Flora buat video Tiktok bikin netizen terhibur

maxresdefault 10

Pek Polis Evo 3 kini boleh didapati dalam PUBG Mobile dari 27 Mei – 4 Jun 2023