Kerajaan negeri Selangor menolak rancangan untuk membina laluan motosikal khas di bandar negeri ini.
Keputusan itu dibuat berikutan kebimbangan mengenai keselamatan pengguna jalan raya dan ruang terhad yang terdapat di jalan negeri dan jalan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Kerajaan negeri turut prihatin dengan aliran trafik yang tinggi di bandar ini terutamanya di kawasan majlis perbandaran yang terdedah kepada risiko kemalangan dengan semua jenis kenderaan terutama motosikal.

Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak sama sekali menentang idea laluan khas motosikal. Mereka terbuka kepada idea membina laluan khas di lebuh raya utama seperti Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).
Keputusan ini dibuat selepas Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik mengesyorkan laluan khas dipanggil ‘blue lane’ seperti di Sao Paulo, Brazil bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian dalam kalangan penunggang motosikal.
Sumber: Kosmo Digital