JPJ roadblock Bernama 1 scaled 1
in

JPJ akan lancar operasi berskala besar minggu hadapan terhadap kenderaan lori

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi khas berskala besar terhadap kenderaan perdagangan khususnya lori yang membawa muatan pasir mulai minggu hadapan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) Aedy Fadli Ramli berkata, operasi khas itu berpunca daripada kemalangan membabitkan sebuah treler sarat batu pasir yang merempuh 14 kenderaan di Putrajaya Rabu lalu, mengakibatkan dua nyawa terkorban.

1910137

“Arahan telah dikeluarkan kepada semua pengarah JPJ di setiap negeri membuat operasi khas ke atas kenderaan perdagangan membawa lebihan muatan yang melanggar undang-undang serta boleh mengundang bahaya kepada keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” kata Ramli pada sidang media pada Jumaat.

“Operasi khas itu akan diketuai oleh pengarah-pengarah JPJ setiap negeri. Ibu Pejabat JPJ khususnya Bahagian Penguatkuasa turut diarah untuk memantau operasi ini secara rapi dan mengemukakan laporan lengkap tentang operasi itu kepada Pengurusan tertinggi JPJ dan juga Kementerian Pengangkutan,” katanya lagi.

Ramli juga berkata, laporan Pemeriksaan Audit Keselamatan berkaitan kemalangan Putrajaya itu dijangka diserahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Isnin ini untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran laporan itu sambil berkata siasatan mendalam berhubung kemalangan itu masih dijalankan oleh JPJ mengikut arahan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Sumber: BERNAMA

noh salleh nikah

Noh Salleh tamatkan zaman duda, sah menjadi suami kepada Fatin Athira

ibu rotan anak jogging kampar perak

Netizen terhibur lihat ibu guna rotan paksa anak turunkan berat badan