plat ff qrt 1
in ,

Abjad plat FF untuk Putrajaya dan QRT untuk Sarawak telah mula dibida

Berita baik untuk peminat plat nombor kenderaan, JPJ mengumumkan pembidaan untuk siri nombor plat FF dan QRT telah dibuka dalam platform lelongan JPJ eBid sekarang.

Siri nombor terbaru bagi tempat Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah abjad plat ‘FF’, telah dibuka tender bermula tarikh 14 Mei semalam. Pembida akan mempunyai tempoh lima hari untuk mengambil bahagian, dengan tempoh bidaan berakhir pada tarikh 18 Mei jam 10 malam. Sejurus selepas itu, keputusan akan diumumkan pada hari berikutnya, dan pembida akan mendapat keputusan dapat atau tidak melalui e-mel masing-masing.

Satu lagi siri terkenal iaitu abjad plat nombor ‘QRT,’ adalah dari Sarawak, turut dibuka untuk pembidaan JPJ eBid akan datang. Tempoh bidaan telah bermula sejak minggu lepas sebenarnya, dan akan pembidaan akan ditutup pada tarikh 17 Mei jam 10 malam. Sama juga prosesnya, keputusan untuk lelongan ini akan diumumkan sehari selepas tempoh bidaan tamat, pembida akan mendapat keputusan melalui e-mel.

Jangan lepaskan peluang ini bagi mendapatkan plat idaman unik anda.

Sumber: paultan.org

ustazah sangats

Tanpa malu berkongsi tips hubungan intim suami isteri secara terang-terangan, Fatin Fauzi disiasat

gaduh laki bini desa tebrau 1

Tular video lelaki memukul wanita di tempat umum dekat Desa Tebrau